Kami Hanya Merancang Allah Penentu Segalanya
Sesungguhnya kami hanya merancang.. tapi Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.. dengan kuasa Allah kami telah dikurniakan bayi yang baru penyeri hidup kami.. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. Semoga segala-galanya selamat..
Mungkin ada yang mengatakan itu dan ini.. tapi kami tak peduli kerana kami sedar yang Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk kami.. semuanya adalah anugerah dari Allah.. Saya amat berharap yang saya akan menjadi Ummi bila sampai masanya nanti..
Setakat ini kami hanya membuat pemeriksaan sendiri.. Bila sudah mendapatkan pengesahan doktor.. saya akan dapatkan rawatan rapi dari pihak doktor memandangkan pengalaman yang lepas yang saya alami..
Saya amat berharap saya dan zuriat ini akan selamat.. semoga Allah memelihara kami..Amin2..