Kontraksi Braxton’s Hicks (BH)
Dalam minggu lepas dan minggu ni saya ada terasa sakit dan tak selesa sekejap2 pada bahagian ari2. Kadang2 rasa macam baby dah nak terkeluar. Tiba2 saya teringat Mummy Dasy bagitau pasal Braxton’s Hicks (BH). Saya pun cepat2 menggoogle dan hasilnya saya dapat info kat bawah tu. Memang ada persamaan dengan apa yang saya alami. Harap2 tak mendatang apa2 yang memudaratkan. Semoga Allah memberikan petunjuk dan tanda2 bersalin yang mudah untuk saya lebih bersedia. Amin
Apabila kehamilan anda semakin sampai  kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia  dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang  kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam  dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena  pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan  akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana  ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia,  kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia  menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan  menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa  proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit  langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya  ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa  dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka  bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang  sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang  singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi  tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah  perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif
 - Semasa senaman atau membawa barang berat
 - Mengurut perut
 - Semasa hubungan seks
 - Dehidrasi
 
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
- Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
 
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat
 
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
 
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
 
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
 
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
 
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
 
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
 
Credit Info: Portal Alam Hamil





