HN @ SGM1 (NUR KASIH 1 – Susu Ibu: Cecair Bernilai Emas)
***Tuan blog sangat pemalas dewasa ini :p jadi entri adalah tertunggak dari bulan lepas***
Pertama kali saya join program susu ibu ni. Alhamdulillah, syukur saya diberi peluang untuk join program berilmiah ni. Memang niat saya nak bagi fully breast feeding nanti insya’Allah. Rasanya sangat2 tak rugi saya datang program ni. Memang banyak bahan2 bacaan yang kita boleh baca, tapi saya ni kadang2 ada je yang confuse. Jadi bila dengar sendiri pengalaman dari mereka2 yang menyusukan bayi barulah saya "ohhhhh macam tu rupanya" :) Sekarang ni pun masih lagi menceduk2 ilmu kawan2 supaya senang kemudian hari.
Ada orang kata.. "Aeh dulu2 mak kita tak ada pun pergi kelas2 macam ni? boleh je menyusukan kita?" Ohhh itu zaman dulu2 kemudahan internet semua tak ada, jadi mak kita cuma berbekalkan ilmu2 nenek moyang dan nurse2 yang ajar. Lagi pun mak2 kita kebanyakannya suri rumah. Bila anak nangis nak menyusu senang je terus selak baju. Sekarang ni ada kemudahan jadi kita gunakanlah lagi pun ramai ibu2 yang bekerja. jadi mestilah tahu cara penyimpanan yang betul. Tak salahkan? Sekurang2nya kita boleh berkongsi pengalaman dan pendapat. Saya pun adalah anak hasil susuan ibu :)
Ok sekarang nak cerita pasal program tu. Masa pergi saya tumpang Mummy Dasy, balik barulah En. Nazir ambil sebab nak terus ke Pasir Gudang.
Tajuk: Penyusuan Ibu Secara Mudah
Tarikh: 19 Febuari 2011
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Tempat: Taska Ehsan, Pusat Islam UTM
Ni Puan Mardziah, salah seorang Peer Counselor (kawasan Timur) dan pemilik blog Dunia Susu Ibu dan Dunia Susu Ibu Shop. Banyak ilmu2 asas penyusuan yang dikongsi masa ni. Sebelum ni tak pernah ambil tahu secara serius. Thanks Allah menggerakkan hati saya untuk mencari ilmu ini.Ok, sekarang nak share apa yang saya belajar hari tu. Jenuh menyalin kat buku nota :)
Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.
Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua tahun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekiranya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Sumber: Dunia Susu Ibu
Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting. Ianya dihasilkan pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bay. Kata Puan Mardziah, susu ni la yang orang2 tua duk kata "susu basi" sebenarnya bukanlah susu basi. Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi, mengandungi faktor pertumbuhan dan vitamin A.
Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
- Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :
- Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
****Nota penting*** Suami yang minum susu isterinya tidak akan menjadi anak susuan kerana umur suami sudah melebihi 2 tahun ;p
Banyak lagi isi2 penting, nanti kalau tahap kerajinan saya memuncak, saya share lagi. Selepas mendengar penerangan dari Puan Mardziah, aktiviti seterusnya (sila perhatikan gambar di bawah)
Ambil marker, lukis gambar sel-sel pengeluaran susu badan pada belon yang ditiup:
- Lemak
- Sinus
- Puting
- Aerola
- Sel-sel pengeluaran susu
Mummy Dasy yang bersemangat meniup belon
Saya suruh dia lukis dulu sebab saya *malu* ;p
Turn saya melukis pada belon. Cover baik punya tak beri orang nampak hehehe
Belon yang terhasil tu kita bayangkan macam kita punya cik b. Sambil dia terangkan bolehlah kita tahu mana satu bahagian yang meransang pengeluaran susu.
Ok, next.. (sungguh panjang entri ni :)) posisi untuk menyusukan bayi, demo dibuat oleh Puan Siti Aminah.
Cradle Hold
Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.
Cross Cradle Hold
Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.
Football Hold
Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.
Lying down
*tak ada gambar, sebab ada ramai kaum bapa jadinya dia tak tunjukkan demo sebenar :)
Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.
*gambar ihsan en. google*
Next.. perkongsian santai pengalaman seorang bapa yang isterinya menyusukan susu ibu kepada dua orang anak (tandem nursing). Sebenarnya inilah suami Puan Mardziah, nama dia saya lupalah hehehe. Dia sangat menyokong dalam aktiviti penyusuan ibu. Murah rezeki susu anak2 dia. Saya harap En. Nazir pun akan ikut jejak langkah suami Puan Mardziah ni.
Next.. aktviti minum pagi secara pot luck :) Saya bawa mee hoon goreng dan Mummy Dasy bawa kuih2. Mee hoon goreng bukan saya masak sendiri, semua tu tempah dengan Kak Eija. Periuk kat rumah saya dah masuk 5 bulan tergantung. Makanan semuanya sangat menyelerakan tapi tak boleh tenung lama2 nanti bsp mencanak hehehe.
Next.. kuiz penyusuan susu ibu. Hadiah ditaja oleh Dunia Susu Ibu. Penat angkat tangan tapi tak terpilih untuk menjawab hehehe. Bukan rezeki saya.
Next.. aktiviti berkumpulan Support Group Meeting (SGM). Cabaran yang dihadapi dalam penyusuan susu ibu.
Ni group kami.. Peer Counselor (PC) Siti Aminah
Tajuknya.. Cabaran Penyusuan Selepas Bersalin
Jeng.. jeng.. jeng.. presentation by group
Group 1
Group 2
Group 3
Group 4
Group 5 (group kamilah tu)
Pemenang untuk presentation ni saya tak tahu group yang mana sebab saya dah tak tahan nak terkucil. Bila keluar je dari washroom dah terlepas sesi bagi hadiah.
Akhir sekali acara bergambar beramai-ramai. Tapi sangat menyedihkan sebab gambar saya dan Mummy Dasy yang senyum bersimpul2 tak masuk dalam gambar. Actually, saya minta tolong dengan suami sorang peserta ni ambilkan, mungkin dia tak biasa dengan kamera saya, jadi dia snap tanpa tengok lense yang terzoooooooom itu huhuhu. Penat tau i senyum meleret :)
Untuk mengubat hati yang kuciwa tak ada gambar ramai2, saya suruh suami Puan Mardziah snapkan gambar kami berdua.
Nanie dan kawan dia (tak ingat nama)
Nanie ni sekarang dah jadi sumber rujukan saya untuk bf. Thanks Nanie. Alhamdulillah kawan2 semua tak kedekut ilmu. Saya pun selalu juga melepakkan diri kat fb Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Semua kat situ sangat2 supportive. Menjadikan semangat saya membara2 sehangat api :wink:
Ni barang2 yang kami dapat masa program except buku tu, yang tu saya beli nanti sya share isi kandungannya ya. (tapi zaman bila tu tak tentu lagi la..hehehe)
Ok, sangat penat buat entri ni. Harap2 program ni membantu saya di masa akan datang. Semoga Allah berkati niat suci murni saya dan rakan2 untuk memberikan susu ibu kepada zuriat kami nanti. Amin.
Hernee Nazir - Nak pergi jengah kakak kat office yang nak mengepam sekejap. Nak cari & kumpul semangat :)