Salam Ramadhan

2:23 PM 2 Comments A+ a-

Selepas mengalami keguguran untuk kali keempat pada Januari 2010, saya kini masih lagi dalam mood "berehat". Berehat untuk menenangkan fikiran dari segala macam dugaan yang melanda saya pada tahun lepas da juga tahun ini. Apa pun yang terjadi saya tetap redha. Mungkin ini bahagian saya, Allah menguji saya kerana Dia mahu saya sentiasa mengingati-Nya.

Kalau diikutkan pengiraan, bulan ini 18/08 saya dah cukup bulan. Tapi apa boleh buat bukan rezeki saya. Percubaan keempat juga menemui kegagalan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. 

Lama juga blog ni saya privatekan. Hari ini terdetik rasa hati untuk tidak lagi memprivatekannya. Saya akan cuba berkongsi info2 penting mengenai kehamilan, keguguran yang pernah saya baca. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Doakan suatu hari nanti saya juga bisa bergelar seorang ibu seperti anda semua.


Salam Ramadhan,
~Hernee Nazir~

2 Nasihat Berguna

Write Nasihat Berguna
JaNnAh
AUTHOR
August 16, 2010 at 5:19 PM delete

Aminn.. insyaAllah.. Ubat yg pertama, haruslah bertenang, & jgn susahkan hati dgn masalah yg dihadapi.. Moga sentiasa kuat & tabah ya..

Reply
avatar
Hernee Nazir
AUTHOR
August 17, 2010 at 4:25 PM delete

jannah>> thanks kak..really appreciate it..

Reply
avatar