HN @ Antenatal Class @ Columbia Asia Hospital, Nusajaya

5:32 PM 0 Comments A+ a-

Hutang entri yang bulan lepas lagi ;) ingat lagi entri saya yang ini? Kalau tak ingat boleh klik link tu ya. Last month saya dan kawan2, Mummy Dasy dan Mas ada join Antenatal Class yang dianjurkan oleh Columbia Asia Hospital, Nusajaya.Baca je lah kat bawah ya saya membebel sikit2 hehehe.
Program: FREE Antenatal Class
Date/ Time: 27 February 2011 (10am – 12.30pm)
Venue: Columbia Asia Hospital, Nusajaya
DSC_5826

Dr. Rajesh Mahendran
Consultant Obstetrics & Gynecology

Ni lah Dr. Rajesh yang bertanggungjawab untuk first session "The Beautiful Journey Towards Pregnancy" dan second session "Pain Relief During Labor". Untuk first session tu dia terangkan dan tunjuk video dari awal proses kehamilan dan akhirnya proses kelahiran. Sepatutnya second session, doktor lain yang ambil alih tapi oleh kerana dia ada emergency case terpaksalah Dr. Rajesh ambil alih. Bila dia cerita pasal epidural, rasa macam tulang belakang saya kena cucuk2 hehehe.
The term epidural is often short for epidural analgesia, a form of regional analgesia involving injection of drugs through a catheter placed into the epidural space. The injection can cause both a loss of sensation (anaesthesia) and a loss of pain (analgesia), by blocking the transmission of signals through nerves in or near the spinal cord. [sources: Wikipedia]

Next session, demo on baby massage yang disampaikan oleh "Miss Nama Tak Ingat" from Johnson & Johnson. Best tengok dia duk massage anak patung tu. Nanti saya akan buat separate entry untuk step2 nak massage baby ye tapi tak tahu entry tu keluar zaman bila ;)

DSC_5827
Demo: Baby Massage

Next session, demo on nursing care for the newborn. Lemah gemalai gitu cik adik manis ni buat demo lenguh kaki akak berdiri lama dik oi hehehe. Step penuh next entry juga ye.

DSC_5852
Demo: Nursing Care for the Newborn

Oooppsss.. lupa nak bagitau, sampai2 je kitorang dijemput isi perut dulu. Kang takut pulak mak2 buyung semua pengsan kelaparan hehe. Makanan sedappp tapi takut nak makan banyak2 ;)
Sesi bergambar2an :)

DSC_5850Tuan blog yang malas update blog, Mummy Dasy dan Mas..

DSC_5851Tambah lagi sorang Che' Ah..

Before menamatkan program, mari kita berkenalan dengan Cik Aleya orang kuat program ni hehehe. Saya beremail dan bertelefon dengan dialah masa nak register ni program ni hehehe. Beriya konon2nya nak ajak En. Nazir join tapi hampa belaka sebab dia ada wedding photog job menambah rezeki kat Pekan Nenas, Pontian.

DSC_5891
Cik Aleya.. rasa macam pernah jumpa sebelum ni la..

Last session, jom kita melawat kawasan hospital :)

DSC_5894

Single bedded (RM180)

DSC_5892
Double bedded (RM120)

DSC_5895
Four bedded (RM85)
* Rates include all meals and nursing charges.
All rates are subject to future changes.

DSC_5896DSC_5897
Wad kanak2 yang sangat comel..

DSC_5900Dr. Rajesh sedang memberikan penerangan kepada peserta..
tapi kitorang.. syok bergambar kat luar..ngeee~

DSC_5901
DSC_5902
Masing2 memeluk goodies bag..takut hilang..hehehe

Saat yang menggerunkan saya walaupun orang lain saya tak tahulah gerun ke tak..

DSC_5903
Setapak ke LABOUR ROOM!!!

DSC_5905
Dr. Rajesh sedang memberi penerangan mengenai labour room. Dia siap bagitau kot2 suami yang meneman kat labour room perlukan stretcher, dorang boleh sediakan sekali hehehe. Balik terus tanya En. Nazir.. "bang.. kalau bersalin nanti abang berani tak nak teman kat sebelah?" dan jawapan dia.. "entah ek.. tengok la macamana nanti" (sambil tersenyum kambing) :) Ya Allah, kuatkanlah semangat suami saya supaya dia boleh meneman saya masa kat labour room nanti. Sebenarnya masa dengar penerangan ni, jantung saya dup dap dup dap laju. Cuak pulak rasanya hehehe.

DSC_5898
Nursery.. ada dua orang baby je masa ni..

Dr. Rajesh ni sangat menyokong breastfeeding. Dia memang menggalakkan ibu2 untuk breastfeed baby dorang. Lepas habis meronda hospital kitorang bertiga (Mummy Dasy dan Mas) sempat berbual dengan Dr. Rajesh. Then teman makcik berdua ni nak scan. Settle semua terus balik, so far pada pemerhatian saya Dr. Rajesh ni sangat friendly la orangnya. Dia ada juga tanya kat saya nak bersalin kat mana. Tapi saya tak habis bincang lagi dengan En. Nazir, kemungkinan bersalin kat JB kemungkinan bersalin kat Batu Pahat. Tengok keadaan nanti macamana. Apa pun thanks untuk Dr. Rajesh and Aleya. Memang best program ni :)

Last but not least.. nak tayang barang FREE yang kitorang dapat masa program.

Pinkkkkk.. i looiikkkeeee.. tapi mulai sekarang tak boleh beli barang warna pink sangat, kena lebih kepada biru jek ;)

Address Columbia Asia Hospital, Nusajaya
Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79250
Nusajaya, Johor
Hours of  Operation - 9am - 5pm
Clinic Hours - OPD - 9am - 5pm
Clinin Hours - Emergency Department 24 hours


Hernee Nazir - Kos bersalin nanti saya update semula, lupa pulak ada tertinggal kat rumah hehehe.Untuk info, saya bukan duta Columbia Asia Hospital ye.. (tapi kalau CAH nak sponsor bersalin kat sana bagus juga) hehehe.. btw, Dr. Rajesh and Aleya ada baca blog ni tau.. maybe dorang menggoogle sampai terjumpa blog saya sebab hari tu dorang ada tanya saya juga pasal blog :)

5 Months = 20 Weeks.. Alhamdulillah!

10:57 AM 0 Comments A+ a-

Syukran Ya Rabb.. :)

Dah masuk minggu ke 20, separuh perjalanan telah saya lalui.. ada separuh lagi untuk saya tempuh. Doa saya dan En. Nazir yang tak pernah putus semoga saya dan baby sihat dan selamat dan semoga dipermudahkan untuk melahirkan anugerah Allah ni. Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh/solehah.

Perkembangan bayi minggu ke 20:
Bayi anda sudah mengalami peningkatan berat badan dan bertukar menjadi sesuatu yang licin kerana diselaputi bahan putih berlemak dipanggil vernix caseosa untuk melindungi kulit ketika berada dalam cecair ketuban. Otot bayi menjadi semakin kuat setiap minggu. Jika anda masih belum dapat merasakan pergerakannya, anda pasti akan merasakannya sekarang. Anda mungkin merasakan gerakannya yang pertama kali seperti libasan angin, kerana ia terasa seperti letupan belon2 buih di dalam badan. Bayi anda akan bergerak lebih kurang 200 kali sehari. Tetapi, anda hanya akan dapat merasakannya sedikit sahaja daripada semua gerakan ini.

Isnin ni ada appointment dengan Dr. Khor, setelah sebulan tak jumpa. Ada ramai juga yang kata badan saya nampak susut. Kadang2 saya pun rasa macam tu. Last month timbang dengan Dr. Khor 53kg kalau tak silap, seminggu lepas tu timbang kat klinik gomen 55kg. Dari awal pregnancy memang berat badan saya turun 4kg, dari 56kg ke 52kg. Dr. Khor kata normal sebab morning sickness boleh tahan teruk. Bila lepas 3 bulan, dah boleh makan ada la naik sikit2. Doktor kata ok la, jangan naik mendadak sangat. Mungkinkah sebab saya mengurangkan pengambilan nasi? Rasanya ada kemungkinan juga kot, dek kerana takutkan diabetes bertapak dalam badan, saya ikut cakap dietitian untuk kurangkan pengambilan nasi. Sekali makan tengahari dan malam nasi saya anggarkan hanya secawan setengah je, dah tak semeriah dulu. Tak sabar nak tunggu komen dari Dr. Khor lusa. Lagi tak sabar, kalau scan nanti baby tunjuk jantina dia. Tak mo seperais2 la aeh sayang. Jangan malu2 tau :)

Hernee Nazir - Gambar untuk 5 bulan nanti ye, tunggu cik abang tu tak berapa bizi kita ajak dia bergambar :)

KOSMO Online – Usah Malu Mengepam Susu Badan

10:00 AM 0 Comments A+ a-

Copy & paste dari Kosmo Online (Credit to: FARHANA HANIM MOHD. MYDIN) hari ni, salah satu pembakar semangat saya untuk terus memupuk semangat juang ini :) Akhir2 ni memang rajin melepak kat blog Sarakids menambah ilmu di dada. Sorry kalau ada yang bosan akhir2 ni sebab banyak cerita pasal Breasfeeding saja. Tuan blog tengah kemaruk BF :wink:




MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Kelengkapan pam




Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.

Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.



SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.
 

Pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

HN @ SGM1 (NUR KASIH 1 – Susu Ibu: Cecair Bernilai Emas)

5:11 PM 0 Comments A+ a-

***Tuan blog sangat pemalas dewasa ini :p jadi entri adalah tertunggak dari bulan lepas*** 

Pertama kali saya join program susu ibu ni. Alhamdulillah, syukur saya diberi peluang untuk join program berilmiah ni. Memang niat saya nak bagi fully breast feeding nanti insya’Allah. Rasanya sangat2 tak rugi saya datang program ni. Memang banyak bahan2 bacaan yang kita boleh baca, tapi saya ni kadang2 ada je yang confuse. Jadi bila dengar sendiri pengalaman dari mereka2 yang menyusukan bayi barulah saya "ohhhhh macam tu rupanya" :) Sekarang ni pun masih lagi menceduk2 ilmu kawan2 supaya senang kemudian hari.

Ada orang kata.. "Aeh dulu2 mak kita tak ada pun pergi kelas2 macam ni? boleh je menyusukan kita?" Ohhh itu zaman dulu2 kemudahan internet semua tak ada, jadi mak kita cuma berbekalkan ilmu2 nenek moyang dan nurse2 yang ajar. Lagi pun mak2 kita kebanyakannya suri rumah. Bila anak nangis nak menyusu senang je terus selak baju.  Sekarang ni ada kemudahan jadi kita gunakanlah lagi pun ramai ibu2 yang bekerja. jadi mestilah tahu cara penyimpanan yang betul. Tak salahkan? Sekurang2nya kita boleh berkongsi pengalaman dan pendapat. Saya pun adalah anak hasil susuan ibu :)
Ok sekarang nak cerita pasal program tu. Masa pergi saya tumpang Mummy Dasy, balik barulah En. Nazir ambil sebab nak terus ke Pasir Gudang.

Tajuk: Penyusuan Ibu Secara Mudah
Tarikh: 19 Febuari 2011
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Tempat: Taska Ehsan, Pusat Islam UTM

DSC_5787
Ni Puan Mardziah, salah seorang Peer Counselor (kawasan Timur) dan pemilik blog Dunia Susu Ibu dan Dunia Susu Ibu Shop. Banyak ilmu2 asas penyusuan yang dikongsi masa ni.   Sebelum ni tak pernah ambil tahu secara serius. Thanks Allah menggerakkan hati saya untuk mencari ilmu ini.Ok, sekarang nak share apa yang saya belajar hari tu. Jenuh menyalin kat buku nota :)
Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua  tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah  meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.

Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting. Ianya dihasilkan pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bay. Kata Puan Mardziah, susu ni la yang orang2 tua duk kata "susu basi" sebenarnya bukanlah susu basi. Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi, mengandungi faktor pertumbuhan dan vitamin A.

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
****Nota penting*** Suami yang minum susu isterinya tidak akan menjadi anak susuan kerana umur suami sudah melebihi 2 tahun ;p

Banyak lagi isi2 penting, nanti kalau tahap kerajinan saya memuncak, saya share lagi. Selepas mendengar penerangan dari Puan Mardziah, aktiviti seterusnya (sila perhatikan gambar di bawah)

DSC_5789
Ambil marker, lukis gambar sel-sel pengeluaran susu badan pada belon yang ditiup:
  • Lemak
  • Sinus
  • Puting
  • Aerola
  • Sel-sel pengeluaran susu
DSC_5788
Mummy Dasy yang bersemangat meniup belon

DSC_5790
Saya suruh dia lukis dulu sebab saya *malu* ;p

DSC_5791
Turn saya melukis pada belon. Cover baik punya tak beri orang nampak hehehe

Belon yang terhasil tu kita bayangkan macam kita punya cik b. Sambil dia terangkan bolehlah kita tahu mana satu bahagian yang meransang pengeluaran susu.

Ok, next..  (sungguh panjang entri ni :)) posisi untuk menyusukan bayi, demo dibuat oleh Puan Siti Aminah.
DSC_5793DSC_5794
Cradle Hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu.  Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

DSC_5795
Cross Cradle Hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

DSC_5796

Football Hold

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

Lying down 

*tak ada gambar, sebab ada ramai kaum bapa jadinya dia tak tunjukkan demo sebenar :)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah.  Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.
 
*gambar ihsan en. google*

DSC_5800

Next.. perkongsian santai pengalaman seorang bapa yang isterinya menyusukan susu ibu kepada dua orang anak (tandem nursing). Sebenarnya inilah suami Puan Mardziah, nama dia saya lupalah hehehe. Dia sangat menyokong dalam aktiviti penyusuan ibu. Murah rezeki  susu anak2 dia. Saya harap En. Nazir pun akan ikut jejak langkah suami Puan Mardziah ni.

DSC_5797

Next.. aktviti minum pagi secara pot luck  :) Saya bawa mee hoon goreng dan Mummy Dasy bawa kuih2. Mee hoon goreng bukan saya masak sendiri, semua tu tempah dengan Kak Eija. Periuk kat rumah saya dah masuk 5 bulan tergantung. Makanan semuanya sangat menyelerakan tapi tak boleh tenung lama2 nanti bsp mencanak hehehe.

DSC_5801Antara mereka yang hadir..

Next.. kuiz penyusuan susu ibu. Hadiah ditaja oleh Dunia Susu Ibu. Penat angkat tangan tapi tak terpilih untuk menjawab hehehe. Bukan rezeki saya.

Next.. aktiviti berkumpulan Support Group Meeting (SGM). Cabaran yang dihadapi dalam penyusuan susu ibu.

DSC_5805DSC_5806
Ni group kami.. Peer Counselor (PC) Siti Aminah

DSC_5809
Tajuknya.. Cabaran Penyusuan Selepas Bersalin

Jeng.. jeng.. jeng.. presentation by group

DSC_5808
Group 1

DSC_5810
Group 2
 
DSC_5811
Group 3
 
DSC_5812
Group 4
 
DSC_5813
Group 5 (group kamilah tu)
 
Pemenang untuk presentation ni saya tak tahu group yang mana sebab saya dah tak tahan nak terkucil. Bila keluar je dari washroom dah terlepas sesi bagi hadiah.
 
Akhir sekali acara bergambar beramai-ramai. Tapi sangat menyedihkan sebab gambar saya dan Mummy Dasy yang senyum bersimpul2 tak masuk dalam gambar. Actually, saya minta tolong dengan suami sorang peserta ni ambilkan, mungkin dia tak biasa dengan kamera saya, jadi dia snap tanpa tengok lense yang terzoooooooom itu huhuhu. Penat tau i senyum meleret :)
 
DSC_5816
Untuk mengubat hati yang kuciwa tak ada gambar ramai2, saya suruh suami Puan Mardziah snapkan gambar kami berdua.
 
DSC_5819
Saya dan Mummy Dasy

 
Nanie dan kawan dia (tak ingat nama)
 
Nanie ni sekarang dah jadi sumber rujukan saya untuk bf. Thanks Nanie. Alhamdulillah kawan2 semua tak kedekut ilmu. Saya pun selalu juga melepakkan diri kat fb Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Semua kat situ sangat2 supportive. Menjadikan semangat saya membara2 sehangat api :wink:
DSC_5823
Ni barang2 yang kami dapat masa program except buku tu, yang tu saya beli nanti sya share isi kandungannya ya. (tapi zaman bila tu tak tentu lagi la..hehehe)

Ok, sangat penat buat entri ni. Harap2 program ni membantu saya di masa akan datang. Semoga Allah berkati niat suci murni saya dan rakan2 untuk memberikan susu ibu kepada zuriat kami nanti. Amin.

Hernee Nazir - Nak pergi jengah kakak kat office yang nak mengepam sekejap. Nak cari  & kumpul semangat :)