HN Junior Dah Pandai Tendang2 :)

3:18 PM 0 Comments A+ a-

Sejak kebelakangan ni, HN Junior dah pandai tendang2 kat dalam perut Umi dia la. Rasa teruja sangat. Mula2 rasa pelik. Ingatkan kenapa dengan perut ni, salah makan ke. Saya memang cuak la kalau ada rasa lain macam sikit pun. Bila tanya doktor dan kawan2 ohh macam tu rupanya rasa bila baby menendang2.

Kadang2 tu time2 dah nak tidur malam menyucuk2 rasanya. Tengah buat apa agaknya baby tu ek? hehehe. En. Nazir pulak bila saya bagitau baby tendang2 nanti duk mengacau cucuk perut saya. Lagi la  terasa tindak balas dia tu. Tak apalah yang penting saya tahu yang dia sedang aktif kat dalam. Jangan nakal2 ye nak :)

FREE Antenatal Class @ Columbia Asia Hospital, Nusajaya

12:37 PM 0 Comments A+ a-



Good News To All Mommy To Be.. :) 

FREE Admission for ANTENATAL CLASS
at Columbia Asia Hospital, Nusajaya

27 February 2011 (10am – 12.30pm)

Limited seats!!!

4 –FREE LESSONS COURSE:
  • The Beautiful Journey Towards Pregnancy
  • Pain Relief During Labor
  • Demo: Baby Massage.
  • Demo: Nursing Care for the Newborn .
Interested?? To register, please contact

Cik Aleya Razak (aleya.shahira@columbiaasia.com)
07-2339999

Email below form for confirmation.



©Hernee Nazir – Jom kawan2.. insya’Allah saya join program ni. Almaklumlah pengalaman tak ada lagi. Saja nak menambah ilmu, di samping tu boleh juga tambah2 kenalan. Kalau rasa nak join, try call Cik Aleya secepat mungkin. Jumpa di sana! :)

16 Weeks Old.. Alhamdulillah :)

12:49 PM 0 Comments A+ a-


Alhamdulillah syukur yang tak terhingga dengan anugerah yang Allah berikan kepada kami. Sabtu Lepas genap usia kandungan saya 4 bulan. Syukran Ya Alllah :) Terima kasih di atas anugerah ini. Insya'Allah kami tidak akan mensia-siakannya.
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Sebenarnya tak ramai yang tahu kehilangan saya selama ni dari dunia blog kerana saya meniti hari2 yang penuh dugaan selama 3 bulan. Morning sickness kali ni memang mencabar sikit. Alhamdulillah saya berjaya melaluinya walaupun kadang2 menangis depan makanan sebab perut rasa lapar sangat tapi tak boleh nak makan. Bila ingat2 semula rasa geli hati pulak.  En. Nazir gelak2 je tengok saya, kata dia macam budak kecil merengek nak makan. Alhamdulillah sekarang saya dah mampu makan walaupun ada masa kadang2 tak ada selera.

Bukan niat saya nak merahsiakan perkara baik ni, tapi atas nasihat doktor, makcik tukang urut dan berdasarkan pengalaman lepas (sesiapa yang mengikuti blog saya dari awal mungkin tahu) saya terpaksa mendiamkan sehinggalah usia kandungan 4 bulan. Cuma ahli keluarga dan rakan terdekat je yang saya beritahu. Harap2 tak ada yang berkecil hati dengan saya. Saya tak nak terlalu excited tak elok kata orang2 tua saya hanya mampu berdoa supaya semuanya selamat hinggalah saya melahirkan.
Atas nasihat doktor juga sepanjang 3 bulan hingga ke 4 bulan dan sehingga ke  hari ini saya langsung tak ke dapur, tak buat kerja rumah, kalau duduk rumah pun saya terbaring je. Semuanya En. Nazir yang uruskan. Alhamdulillah dia sangat memahami. Kadang2 kesian juga tengokkan dia, tapi nak buat macamana masing2 kena berkorban. Thanks untuk En. Nazir yang tak pernah jemu melayan kerenah saya.

Oklah, nanti saya sambung cerita lagi ya. Saya harap kawan2 semua dapat mendoakn saya dan baby selamat. Petang ni saya ada check up. Dah sebulan tak jumpa Dr. Khor. Kali ni saya masih lagi mendapatkan khidmat Dr. Khor di Pusat Pakar Sakit Puan & Perbidanan Khor & Loh Sdn Bhd, Nusa Bestari. So far, Dr. Khor ni memang ok dan saya sesuai dengan dia. Apa saja persoalan kita dia akan bantu.

Last but not least, inilah gambar terbaru saya. Senyum tak perlu kata apa2.. :)




Insya'Allah saya akan share lagi pengalaman dan ilmu2 yang ada nanti, mungkin di blog ini atau di blog Hernee Nazir Junior :)